• Daftar Sini

    Nama Anda

    E-mail Anda

  •  
  • Tentang Kami

    Laman ini merupakan satu projek permulaan kepada percubaan kearah membentuk lanskap pendidikan negara khususnya kepada budaya kerja yang masih lagi belum berubah setelah sekian lamanya. Harapan kami adalah untuk memberikan satu perkhidmatan yang percuma dengan dan mahukan rakan-rakan guru untuk menyokong usaha kami untuk mengubah budaya kerja selaras dengan perkembangan teknologi. " Usaha berkat, rezeki Mencurah "
  •  
  • Peluang Menjadi Penaja

    Kami memberikan peluang kepada para penaja yang berminat untuk menaja iklan di blog kami. Maklumat lanjut di sini.
Archive for June, 2015

#Dalam Tegas, Kasih Melimpah – Mukriz Mahathir [Eksklusif]

By Firhan Abqari On June 21, 2015 No Comments

 

Perjalanan kehidupan seseorang tidak dapat kita tentukan ataupun ramalkan. Tulang belakang sesebuah keluarga adalah seorang ibu , yang menyokong ekosistem institusi keluarga untuk terus berfungsi seperti sebuah kereta api yang menuju ke destinasi adalah seorang ayah.  Merekalah role model yang pertama kita , pendedahan awal tentang dunia yang pertama juga adalah melalui persepektif ayah. Meskipun tidak nampak peranan ayah di dalam sesebuah keluarga itu namun orang yang bekerja di sebalik tabir untuk membesarkan sesebuah keluarga itu adalah seorang ayah . Perkongsian dibawah adalah berkaitan dengan DAULAT seorang ayah yang ditulis sendiri oleh YB Mukhriz Mahathir yang merupakan anak kepada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir. Meskipun pendek namun mampu memberikan satu inspirasi kepada semua.

DAULAT SEORANG AYAH – Mukhriz Mahathir

“Ha, when did you get back, Is?,” tanya ayah walhal saya sudah hampir seminggu pulang dari MRSM Kota Bharu (kini MRSM Pengkalan Chepa) untuk cuti semester.

Sepanjang saya berada di rumah No. 3

Click here to continue reading


# 3 Tips Orang Berjaya Bahagian 2

By Firhan Abqari On June 20, 2015 No Comments

Meja yang kemas“Ruang kerja yang menyejukkan mata”

#4 Sentiasa Mencuba Benda Baru [Luarbiasa]

Perasan tak yang manusia ini mempunyai satu tabiat yang sering dilakukan iaitu sentiasa mengulangi perkara-perkara yang sama. Mereka takut untuk mencuba sesuatu yang baru.(Rutin yang sama setiap hari) Contoh yang selalu kita lihat, apabila makan di sesebuah restoran, sering kali mereka meminta makanan dan minuman yang sama. Mereka tidak mahu mencuba sesuatu yang lain dan mencuba makanan yang lain kerana bimbang tidak kena selera mereka.
Cuba kita lakukan sesuatu yang baru yang akan memecahkan momentum kita untuk sering mencuba sesuatu yang baru dan tidak tertumpu pada satu habit sahaja. Ini tidak akan memajukan kita kerana sering melakukan benda dan perkara yang sama sahaja. Sering kali yang dilakukan ialah, apabila mereka sudah berada di tahap yang selesa, mereka akan

Click here to continue reading


# 3 Tips Orang Berjaya Bahagian 1

By Firhan Abqari On June 19, 2015 No Comments

Rahsia Kejayaan

Buku adalah kawan baik kepada orang yang berjaya”

#1 Janganlah Stress

Inilah yang selalu kita buat! Stres apabila sesuatu kerja itu tidak dapat diselesaikan, atau risau dengan sesuatu dan banyak lagi faktor2 yang mendatangkan kepada stress. Stress ini tidak mendatangkan kebaikan kedalam diri kita. Malah, boleh mendatangkan banyak penyakit dan stress ini tidak mendatangkan kebaikan langsung!

Tips untuk menghilangkan stress :

# Perbanyakkan doa dan berzikir

#Mempunyai hobi yang sihat (Beriadah, bersukan dan aktiviti bersama keluarga)

 

#2 Berkongsi Idea dan Maklumat (Sharing)

Satu penyakit manusia pada hari ini ialah takut. Takut untuk berkongsi dan memberitahu idea yang mereka miliki. Sebagai contoh, apabila mereka mempunyai satu idea yang hebat, idea tersebut di simpan kerana takut orang lain pula yang dapat idea hebat tersebut.

Eh, betul lah kan kalau idea kalau disebarkan, habislah idea kita

Click here to continue reading


#Tips Kurangkan Hutang

By Firhan Abqari On June 18, 2015 No Comments

Terdapat pelbagai kaedah untuk membayar hutang anda. Bagaimana pun, ia bergantung kepada jumlah hutang dan pendapatan semasa anda. Situasi ini akan menentukan keupayaan anda untuk berhadapan dengan bayaran bulanan minimum. Ikuti tips yang disediakan di bawah

1. Fahami ‘Sikap’ Berbelanja Anda

Akses kedudukan kewangan anda sebelum merancang mengurangkan hutang kad kredit anda adalah penting untuk mencapai matlamat.Hitungkan semua pendapatan dan perbelanjaan bilanan anda.Baki jumlah tersebut boleh digunakan untuk tujuan pembayaran atau penggunaan kad kredit anda. Jika merasakan diri tidak mampu menggunakan kad kredit , jangan mulakan masalah anda 🙂

2. Rancang Pengurusan Hutang

Bila berhutang, jangan tambahkan hutang anda perlu membuat rancangan untuk mengurangkan hutang kad kredit.Perancangan hutang yang professional dapat menyingkirkan hutang yang tidak diperlukan.Bagaimanapun, pastikan bahawa anda telah mempertimbang dan memasukkan semua pilihan pelepasan hutang bagi mengurangkan jumlah hutang yang perlu dibayar.

3. Berdisiplin dan Istiqamah dengan ‘Plan Kewangan’

Ia bukannya mudah, namun hutang anda perlu dikurangkan. Anda mungkin mengambil masa selama bertahun-tahun bagi

Click here to continue reading


#Kenali Hutang Sebelum Berhutang

By Firhan Abqari On June 17, 2015 No Comments

APA ITU HUTANG?

Syaikh Muhammad Soleh bin Uthaimin merincikan jenis-jenis hutang yang dibenarkan dan hutang-hutang yang dilarang dalam agama. Antara yang diharamkan dengan tegas ialah mengenakan bayaran lebih dari jumlah yang dipinjam.Dinamakan juga sebagai riba’.Boleh dikatakan sebahagian besar daripada kita berhutang tidak kira samada banyak atau sedikit.Berhutang atau meminjam dibenarkan dalam Islam.Namun, Islam turut menekankan dengan tegas mengenai tanggungjawab untuk membayar hutang walaupun selepas kematian penghutang. Dalil Hadis: Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a berkata, “Rasulullah S.A.W pernah berhutang seekor unta kemudian beliau membayarnya dengan yang lebih baik dan bersabda” : “Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik dalam membayar hutangnya”. (Hadis Shahih Muslim)

 

Kenapa Berhutang?

1. Membeli Dengan Kata Hati

Berhentilah membeli barang-barang menurut kata hati anda! Jika perlu hindarilah pergi ke pasaraya sekiranya ada kesuntukan wang.Sebab tahukah anda pasaraya adalah sumber hutang peribadi anda.Tidak ada alasan memanjakan diri anda dengan membeli barang-barang berjenama yang sebenarnya anda tidak perlukan.

2. Melatih ‘Kemahiran “SWIPING”

Anda menggunakan kad kredit

Click here to continue reading


#7 Tips Mudah Untuk Menjadikan Anak Anda Bijak Bahagian 2

By Firhan Abqari On June 16, 2015 No Comments

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

 

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci bersih. Ibu bapalah bertanggungjawab mencoraknya anak itu menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Bukhari dan Muslim)

 

CARA RANGSANG ANAK JELAJAHI LAUTAN ILMU

Perkara pertama yang diperlukan untuk memeupuk rasa cinta pada ilmu adalah dengan melahirkan budaya membaca. Secara fizikal, otak manusia akan berkembang seawal di usia 0-6 tahun, kemudian kadar kecepatannya berkurangan hingga usia mencecah 8 tahun, dan berhenti pada usia 12 tahun. Seaik sahaja usia meginjak ke angka 12, apa yang perlu anda lakukan adalah mengoptimumkan fungsi otak melalui program pelajaran yang tepat.

 

Secara intelektual, perkembangan otak akan berlaku dengan pantas pada usia dua tahun sehingga lapan tahun.Pada fasa berikutnya, iaitu antara 8-12 tahun, perkembangan otak masih terus akif dan terhenti pada usia 18 tahun.Justeru untuk melahirkan insane yang cemerlang dan memiliki kemahiran dalam pelbagai bidang, daya pemikiran dan fungsi otak perlu dibentuk seawall usia 8 tahun sehingga mencech ke 18 tahun.Saat inilah anak-anak

Click here to continue reading


#7 Tips Mudah Untuk Menjadikan Anak Anda Bijak Bahagian 1

By Firhan Abqari On June 15, 2015 No Comments

“Semua anak dilahirkan pintar, tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi yang jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak”

 

Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

 

Apabila menyebut soal pendidikan anak-anak secara tidak langsung ia lebih tertumpu kepada tugas dan tanggungjawab ibu bapa. Untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang bijak semuanya bergantung atas usaha dan daya upaya ibu bapa sendiri.

 

Nasihat Luqmanul Hakim Kepada Anaknya

Allah SWT telah merakamkan beberapa keistimewaan yang dilakukan oleh Luqmanul Hakim sewaktu mendidik anak. Di antara nasihat Lukman kepada anaknya ialah:

  1. Hendaklah engkau selalu berada di majlis para ulama’ dan dengarlah kata-kata para hukama (orang yang bijaksana), kerana Allah menghidupkan jiwa yang mati dengan hikmat sepertimana menghidupkan bumi yang mati dengan hujan yang lebat.

 

  1. Janganlah engkau jadi lebih lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi hari sedangkan engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu.

 

  1. Janganlah engkau menangguhkan
Click here to continue reading