• Daftar Sini

    Nama Anda

    E-mail Anda

  •  
  • Tentang Kami

    Laman ini merupakan satu projek permulaan kepada percubaan kearah membentuk lanskap pendidikan negara khususnya kepada budaya kerja yang masih lagi belum berubah setelah sekian lamanya. Harapan kami adalah untuk memberikan satu perkhidmatan yang percuma dengan dan mahukan rakan-rakan guru untuk menyokong usaha kami untuk mengubah budaya kerja selaras dengan perkembangan teknologi. " Usaha berkat, rezeki Mencurah "
  •  
  • Peluang Menjadi Penaja

    Kami memberikan peluang kepada para penaja yang berminat untuk menaja iklan di blog kami. Maklumat lanjut di sini.
Archive for July, 2015

#5 Mitos Sebelum dan Semasa Temuduga

By Firhan Abqari On July 28, 2015 No Comments

People32

 

Saya percaya pada ketika ini, perjalanan sebagai kakitangan kerajaan bukanlah jaminan untuk masa hadapan yang cerah. Disini saya suka kongsikan mengenai petua-petua yang perlu dilakukan semasa menghadiri temuduga.

 

MITOS-MITOS DAN ANGGAPAN SALAH MENGENAI TEMUDUGA

MITOS NO. 1: CALON YANG PALING LAYAK AKAN DAPAT TAWARAN KERJA

Kerapkali ada kebenarannya tentang perkara ini – terutamanya apabila seseorang itu mengenali seseorang yang lain, selalunya bila ada syarikat yang mengambil kakitangan dalaman untuk kenaikan pangkat.

Walaubagaimanapun, ini bukanlah selalu terjadi. Sekiranya seseorang itu berkemungkinan paling layak mendapat jawatan tersebut, ada beberapa kriteria penting yang patut dipatuhi (itupun bukan satu jaminan).

Sesetengah majikan – selalunya yang telah dikritik kerana pernah memilih calon yang salah pada masa dahulu – telah membuat satu garis panduan pengambilan pekerja yang profesional supaya dapat mengurangi dari berlakunya kesilapan.

Ada waktunya prosedur ini banyak membantu dan amat berkesan

Click here to continue reading


# 6 Tips Sihat Gaya Rasulullah S.A.W

By Firhan Abqari On July 26, 2015 No Comments

Food02

Mengikuti Sunnah Rasulullah

Kesempurnaan Rasulullah S.A.W sebagai kekasih Allah tiada tolok banding menjadi ikutan Muslim seantero dunia termasuk diet makanan Baginda. Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Jom ikuti pembacaan anda tentang tips cara sihat gaya Rasulullah.

RUTIN SIHAT RASULULLAH

  1. Bangun Subuh.

Rasulullah SAW selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum Subuh, melaksanakan solat sunah dan solat Fardhu, solat Subuh berjamaah.

Perkara ini memberi banyak hikmah antaranya ialah :

  • Berlimpah pahala dari Allah.
  • Kesegaran udara Subuh yang bagus untuk kesihatan misalnya untuk terapi penyakit TB.
  • Memperkuatkan fikiran dan menyihatkan jiwa.

 

Dengan bangun pagi, fikiran dan perasaan juga biasanya lebih segar dan rileks. Bangun Subuh juga dapat mencegah stroke dan tekanan darah tinggi yang umumnya kerap terjadi pada waktu itu kerana sempit pembuluh darah. Di luar itu sebenarnya terkait asupan awal yang di terima tubuh,

Click here to continue reading


#Kaya ilmu dengan ilmu kejayaan

By Firhan Abqari On July 13, 2015 No Comments

 

Education05

 

Pada hari ini, pasaran kerja di dalam negara semakin berkurangan, apakah penyebab utama kepada kurangnya peluang pekerjaan ini?

1. Kemasukan pekerja daripada luar

2. Kebanjiran pendatang tanpa asing

3. Dominasi bangsa lain di dalam sektor tertentu

4. Graduan baru terlalu memilih pekerjaan sehingga kehilangan peluang

5. Kewujudan pasaran kerja baru TIDAK ADA.<Belum di wujudkan>

Sebagai rakyat di dalam negara ini juga sebagai pendidik adalah perlu untuk kita bersyukur adanya pembelaan di kalangan yang memerlukan bantuan, sebagai contoh bantuan yang diberikan kepada golongan nelayan, petani, usahawan dan kakitangan kerajaan. Apabila kurangnya bersyukur kepada setiap bantuan yang disediakan apa yang keluar daripada mulut dan fikiran kita ‘RUNGUTAN’.

Luangkan sedikit masa berfikir tentang J.K. Rowling. Atau fikir tentang Roger Ebert. Atau fikir tentang Donald Trump. Atau fikir tentang Paul Greengrass. Inilah orang-orang yang amat kaya. Tetapi apa yang buatkan mereka kaya? Mereka menjadi kaya bukan melalui perkara yang mereka tidak suka

Click here to continue reading


# Kerjaya ‘Special’ Sebagai Guru

By Firhan Abqari On July 2, 2015 No Comments

Education04

Pendidikan ialah satu usaha berterusan ke arah lebih perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insane yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.

Guru adalah pendidik bangsa. Ilmu yang dicurahkan menjadi azimat bagi kemajuan dan kegemilangan Negara pada masa hadapan. Selain sebagai penyampai ilmu ataupun maklumat kepada anak didiknya, guru juga adalah model kepada pelajar. Oleh itu, kelakuan, sikap dan peribadi guru tidak boleh dianggap perkara remeh. Guru sentiasa menjadi perhatian pelajar-pelajarnya dan masyarakat di sekelilingnya. Justeru, bakal guru perlu mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai pekerti

Click here to continue reading