• Daftar Sini

    Nama Anda

    E-mail Anda

  •  
  • Tentang Kami

    Laman ini merupakan satu projek permulaan kepada percubaan kearah membentuk lanskap pendidikan negara khususnya kepada budaya kerja yang masih lagi belum berubah setelah sekian lamanya. Harapan kami adalah untuk memberikan satu perkhidmatan yang percuma dengan dan mahukan rakan-rakan guru untuk menyokong usaha kami untuk mengubah budaya kerja selaras dengan perkembangan teknologi. " Usaha berkat, rezeki Mencurah "
  •  
  • Peluang Menjadi Penaja

    Kami memberikan peluang kepada para penaja yang berminat untuk menaja iklan di blog kami. Maklumat lanjut di sini.

Sistem Pendidikan Semakin Mencabar : Cabaran Kepada Guru & Pelajar

By Firhan Abqari On February 2, 2017 Under Inspirasi, Kerjaya, Motivasi

Sebagai seorang guru, adakalanya kita melihat perubahan yang berlaku di dalam dunia pendidikan memberikan kesan yang mendalam kepada perkembangan ilmu pengetahuan , pendedahan awal mengenai subjek baru berkaitan sememangnya memberikan satu kelebihan kepada anak-anak murid (UNFAIR ADVANTAGE). Mata pelajaran baru disekolah rendah seperti teknologi maklumat komunikasi memberikan guru dan murid meneroka alam teknologi dan secara tidak langsung mendedahkan peluang pekerjaan yang akan ada pada masa akan datang.

3 peringkat pengenalan awal di dalam subjek teknologi maklumat ini, pertama pendedahan kepada sumber teknologi dan jenis teknologi , kedua memperkenalkan perisian utiliti yang selalu digunakan untuk merekod dan mengasingkan data juga membina blog sebagai cara untuk berkongsi dengan dunia pengetahuan-pengetahuan baru. Seterusnya pada tahun 6 mereka di ajar untuk melakukan dan mempelajari bahasa aturcara mudah dengan melakukan kerja kursus berasaskan amali di dalam makmal ICT.

Cabaran utama buat guru masa kini ialah kekurangan sumber daripada aspek infrastruktur. Ada sekolah tidak mempunyai makmal ICT, selain daripada itu terdapat juga sekolah tidak mempunyai bekalan eletrik dan internet yang cukup meskipun mempunyai panel solar. Guru yang mengalami cabaran ini memainkan peranan yang amat penting kerana untuk memastikan pembelajaran berterusan serta memastikan bahan pembelajaran pada hari seterusnya cukup dan mencapai objektif rancangan pengajaran harian dan tahunan.

Jadilah minda yang mengubah anak bangsa dan berbangga menjadi SATU. Betulkan niat , hidup demi negara majukan minda bangsa yang tercinta.

Adakah kita mampu ke arah pembelajaran ABAD 21? Reflek, Rancang, Laksana, Bertindak, Hasilkan Intervensi (RRLBHi)

Ikhlas

Firhan Abqari

Guru Malaysia

(Visited 79 times, 1 visits today)
The following two tabs change content below.
Firhan Abqari adalah pengasas kepada Robot Rph dan juga salah seorang daripada warga pendidik di negara ini. Mencintai teknologi, membudayakan inovasi, sentiasa mencari penyelesaian kepada masalah dan mempunyai visi dan misi iaitu ingin melihat teknologi membawa perubahan kepada budaya kerja yang kian mencabar dan berkongsi manfaat dengan rakan-rakan sekerja di seluruh negara. Moga kerja ini mendapat berkat dan restu. Berpegang kepada prinsip: "Usaha Berkat , Rezeki Mencurah" , "Hidup untuk memberi lebih baik daripada menerima "

Bookmark

Related Posts

  • No Related Posts

Add a comment

  • Avatars are handled by Gravatar
  • Comments are being moderated

Dapatkan Update Percuma Dari Team Robot RPH!

Tingkatkan Produktiviti Guru Sehingga 200%

Dapatkan informasi percuma daripada Team Robot Rph. Langgani newsletter kami sekarang.

Dapatkan Update Percuma Dari Team Robot RPH!

Tingkatkan Produktiviti Guru Sehingga 200%

Dapatkan informasi percuma daripada Team Robot Rph. Langgani newsletter kami sekarang.