• Daftar Sini

    Nama Anda

    E-mail Anda

  •  
  • Tentang Kami

    Laman ini merupakan satu projek permulaan kepada percubaan kearah membentuk lanskap pendidikan negara khususnya kepada budaya kerja yang masih lagi belum berubah setelah sekian lamanya. Harapan kami adalah untuk memberikan satu perkhidmatan yang percuma dengan dan mahukan rakan-rakan guru untuk menyokong usaha kami untuk mengubah budaya kerja selaras dengan perkembangan teknologi. " Usaha berkat, rezeki Mencurah "
  •  
  • Peluang Menjadi Penaja

    Kami memberikan peluang kepada para penaja yang berminat untuk menaja iklan di blog kami. Maklumat lanjut di sini.

Teknologi Pendidikan : Penggunaan ‘Cloud Sharing’

By Firhan Abqari On October 14, 2015 Under Teknologi Pendidikan

Computer03

Pernahkah rakan-rakan melalui situasi begini.  ” Not enough space in your computer “

Ruang peyimpanan di dalam hardisk semakin berkurangan dan menyebabkan anda risau bagaimanakah untuk menguruskan lambakan fail di dalam laptop ataupun desktop anda. Untuk mengatasi masalah ini, rakan-rakan boleh menggunakan kelebihan cloud sharing. Saya senaraikan beberapa cara untuk menggunakan cloud sharing dengan efektif.

 

+ Penggunaan cloud sharing adalah seperti penggunaan ‘external hardisk’ bezanya dengan hanya anda mampu mengakses hardisk anda dimana-mana tanpa membawanya dengan anda.

 

+  Dengan cloud sharing anda boleh berkongsi kandungan hardisk anda dengan mudah hanya melalui pautan ataupun link yang sememangnya mudah untuk digunakan.

 

+ Anda boleh menjadikan cloud anda sebagai ‘Backup’ untuk menyimpan data penting untuk kegunaan setiap tahun. Sebagai contoh sebagai guru kita boleh menggunakannya untuk menyimpan DSKP , RPT untuk kegunaan setiap tahun. Selain daripada itu, guru-guru juga boleh menyimpan fail-fail PBP dan menyusunnya untuk rujukan kemudian hari.

 

+ Anda boleh menggunakan cloud untuk menyimpan bahan bantu belajar yang boleh digunakan pada bila-bila masa.

 

+ Cloud juga boleh dijadikan sebagai fail meja guru-guru. Dengan membekalkan link sahaja rakan-rakan boleh menyerahkan file yang lengkap melalui link sahaja kepada yang memerlukan. Ini merupakan salah satu ‘backup’ yang boleh kita gunakan selain daripada pendrive yang mempunyai keberangkalian tinggi untuk hilang berkali-kali.

 

Berikut merupakan serba sedikit daripada fungsi cloud yang boleh digunakan oleh rakan-rakan guru. Yang paling penting penggunaan CLOUD 100% percuma. Antara servis cloud yang boleh rakan-rakan gunakan ialah

 

  1. Dropbox
  2. Google Drive
  3. Microsoft Skydrive

 

Ini adalah antara pilihan utama saya secara peribadi berdasarkan kemudahan yang ditawarkan oleh syarikat besar ini. :-). Semoga sedikit perkongsian ini membawa manfaat kepada rakan-rakan.

Untuk berkongsi file rakan-rakan boleh klik link ini. Fail yang dikongsikan akan saya upload dan kongsikan pada artikel seterusnya 🙂

https://www.dropbox.com/request/GFnWWDHiQcSsWRAUt2nQ

 

(Visited 192 times, 1 visits today)
The following two tabs change content below.
Firhan Abqari adalah pengasas kepada Robot Rph dan juga salah seorang daripada warga pendidik di negara ini. Mencintai teknologi, membudayakan inovasi, sentiasa mencari penyelesaian kepada masalah dan mempunyai visi dan misi iaitu ingin melihat teknologi membawa perubahan kepada budaya kerja yang kian mencabar dan berkongsi manfaat dengan rakan-rakan sekerja di seluruh negara. Moga kerja ini mendapat berkat dan restu. Berpegang kepada prinsip: "Usaha Berkat , Rezeki Mencurah" , "Hidup untuk memberi lebih baik daripada menerima "

Bookmark

Related Posts

  • No Related Posts

Add a comment

  • Avatars are handled by Gravatar
  • Comments are being moderated

Dapatkan Update Percuma Dari Team Robot RPH!

Tingkatkan Produktiviti Guru Sehingga 200%

Dapatkan informasi percuma daripada Team Robot Rph. Langgani newsletter kami sekarang.

Dapatkan Update Percuma Dari Team Robot RPH!

Tingkatkan Produktiviti Guru Sehingga 200%

Dapatkan informasi percuma daripada Team Robot Rph. Langgani newsletter kami sekarang.